Hidup Bekasih Sayang

Assalamualaikum, since lama sangat2 tak buka blog ni kan, selalu je mak tanya , Aqilah  awak tak nak menulis ke, kisah kehidupan awak best. Yeszzzz.....Memang rasa nak sangat2 ceritakan kisah hidup ni , jadikan sebuah novel atau cerpen. Tapi, belum ada ruang dan peluang, cara menulis pun masih kelaut. Bila mak dah cakap macam tukan, tu yang tiba2 teringatkan blog ni. Lama sangat2 x berkarya, cewahhh. Hahah

Sepanjang perjalanan kisah kehidupan aku, emak adalah orang yang paling banyak mengajar apa itu berkasih sayang. Tak kira dengan siapa pun. Walaupun, dengan mereka yang pernah melukakan hati kita, tetap perlu tunjukkan yang baik sahaja. Tak pernah lagi mak mengajar perkara yang buruk. Semua yang baik. Pernah di perli, di berikan kata2 tak baik, tetap di ajarnya aku supaya jangan ikut amarah. Kadang memang rasa geram, bengang di hati. Tapi, emak lah air, bila api anak2 menyala. Terima kasih emak.

Kisah 1
Aku, ramai saudara mara. Emak ada 9 orang adik beradik, sepupu je ramai gila, aku paling suka bila jumpa dengan sepupu2 aku, setiap kali balik kampung, benda yang aku fikir, nak keep in touch dengan sepupu2. Ye lah kan, lama tak jumpa mereka, serius aku tak pernah bersangka buruk pun dengan mereka, semua baik, macam tak ada apa yang berlaku. Sumpah best gila bila jumpa, rasa macam rapat sangat2. Dari kecil kot, lagi lah dulu aku duduk dekat kampung. Jadi, bila yang lain pun balik kampung, rasa dia, Ya Allah.... Best gilaaaaa. Hari raya lagikan, tak terkataaa, walaupun banyak kerja, aku suka, aku tak kesah pun, suruh lah apa pun aku suka. Walau penat, rasa berbaloi oi balik kampung. Aku suka balik kampung.

Sampai lah satu saat tu, aku memang tersentap kejap sebabnya, dalam group family besar, ada whatsapp dari salah seorang sepupu tu , memang meremang lahhh segala bulu ni.. hahahah. Sumpah rasa macam Ya Allah, kenapa ni. Bila tanya mak, mak aku macam diam je, sebab aku tau dia takkan bising2 sebab aku kuat sentap. Aku nak tau juga. Sebab takut apa yang ditulis tu di sebabkan aku. Then, abang aku balik kerja, dia cerita semua benda. Dek kerana dia terlike satu gambar percintaan mereka, sepupu aku ingat, abang aku yang sebarkan segala fitnah. Habis semua surat layang abang aku dapat. dari massanger, whatsapp, group whatsapp, kecoh laa cerita diaa masa tu. Segala dalil semua keluar untuk abang aku. Bila aku tanya, kau buat bagi tau orang ke abang? Sebab aku memang x percaya laa,... abang aku ni pendiam gila kot.. memang dia x akan buat kalau benda tu x menyenangkan hati mak, dan dia tak pernah cerita buruk orang dekat orang lain. perangai dia macam emak aku sikit. Cepat mengalah, cepat memaafkan. Abang aku kata dia cuma like sahaja gambar tu . Tu pun sebab terlike. Bukan saja2 nak like.

Cerita ni dah tersebarlah sampai dekat mak cik aku yg garang ni. Mak cik aku cakap apa tah, sampai habis lah, abang aku kena dengan sepupu aku ni.  Sumpah kesian gila tengok abang aku, tak keruan dia, nak balas serba salah, tak balas orang kata abang aku salah. bila aku nak balas, dia tak kasi. Sebab apa yang dia cakap tu fitnah dan melampau. Aku sakit bila family aku sakit. Kadang aku terfikir, sampai macam tu sekali, hasad dengki, syak wasangka orang. Aku masih tak puas hatinya, bila diam orang makin pijak kepala, dan fitnah makin banyak. Kau orang yang baca ni, faham tak perasaan aku. Haha, marah ni, marah. hahhaha

Aku memang add semua family aku, sedara sepupu sepapat aku dekat Facebook, ye lah, saudara kan. Mesti lah nak share dengan saudara2 kita. Tapi, ada satu hari tu, one of sepupu aku yang lain ni, ada berborak dengan adik beradik diaa. Dia macam tulis apa tah, aku tak ingat la, sebab tak penting pun untuk aku. Tapi dekat komen post tu, Dia kata " Kau friend dengan Wan ke? Nanti habis la jadi gosip apa yang kau buat"  lebih kurang mcm tu lah, aku pun tak ingat ayat dia.. tapi meaning dia gitu.. memang bengang lah aku baca tu.. abang aku sedih sangat2. Tapi dia diam je. Dia teruskan hidup dia macam biasa, dia still hormat sepupu2 dia macam biasa. Dan, disebabkan kes ni, aku dah unfriend semua keluarga sepupu sepapat aku dari Facebook aku. Kenapa ? Sebab, aku tak nak sakit hati, tak nak rasa marah, tak nak semuanya, tak nak langsung ada penyebaran fitnah berlaku. Bila aku cakap dekat mak, aku unfriend semua, mak aku marah lah.. dia kata kan sedara, kena lah berkasih sayang, hormat menghormati, biar lah dia buat apa pun, kita jangan buat macam tu,  but i ignore it. 

Bila aku unfriend semua, aku rasa bapak lah tenang hidup ku tak diganggu dengan anasir2 fitnah.. hahahah, nampak tak apa yang mak aku ajar. Buat je lah baik dengan orang. Tapi aku okay je dengan sepupu2 semua. Kadang aku fikir, sebab salah yg mereka buat, ditudingnya jari dekat kami, Why2?  Sampaikan aku cakap sendiri yang, tunggu dekat akhirat nanti, untuk tengok siapa yg sebarkan fitnah ni, hahahaha. Lawak gak life ni sebenarnya. Aku kalau cerita dengan abang aku, kalau teringat kisah ni, macam kelakar gila. Macam rasa WHY la, cerita lawak ni, kena dekat family aku, hahaha.yang penting , penekanan di sini adalah, hidup kena berkasih sayang . Walau badai yang datang

P/s: Aku jadi awkward dengan sedara yang buat onar tu. Sorry guys. Tapi, aku sayang korang. Biasalah, manusia buat salah, aku pun banyak gak buat salah. Hidup ni kena lah berkasih sayang, lek la. Cill2 je. Apa pun yang berlaku, semoga Allah menyatukan kembali kekeruhan yg timbul sebelum ni. 



Kisah 2

Kisah ni, aku ceritakan lah dekat kau orang, sebab aku memang ingat gila bila orang buat family aku. Kan banyak orang kata, memaafkan sangat mudah, tapi untuk melupakan adalah x mudah, malah bila kita nak buang memori tu dari diri kita, benda tu lah yang paling kita akan ingat. Dulu waktu zaman sekolah, aku satu sekolah dengan mak aku. Mak aku cikgu sebuah sekolah menengah. Nak dipendekkan cerita, mak aku pergi pejabat untuk minta fail peribadi dia dekat pejabat, sebab nak isi borang kenaikan pangkat. 

Mak aku, tak pernah bercakap kasar dengan orang lain, walaupun dalam keadaan marah. Bila mak aku minta tu, kakak pejabat tu tengking mak aku. Ya Allah, masa mak cerita tu, memang muka mak nak nangis. Aku pun macam tak berapa percaya. Tapi tu lah hakikatnya. Mak aku tak cerita apa yang kerani tu cakap. Dia siap perli mak aku, muka mak aku dah nak menangis dah time tu, dia boleh cakap, Ha! Menangis, itu pun nak menangis. Ya Allah , apa kena dengan dunia ni... hahah. Mak aku tak tahan dan memang dah nak nangis dah. Kau orang tau, mana mak aku nyorok nak nangis? Dekat library, pinjam bilik Cikgu Rohaida. 

Pelik bin ajaibnya, mak aku selalu kuat. Selalu aku yang cengeng. Sikit2 nangis dan dia lah yang pujuk. Haha, ni mesti ada benda yang dia cakap sampai mak aku terguris hatinya. Sampai panic cikgu tu, mak aku nangis. Haha. Kenapa lah depa ni tak tau berbudi bahasa. Ini sekolah kot, mak aku bukannya kerja dekat sektor perniagaan, tindas sana sini, marah sana sini. Aku tak boleh brain kejap.  

Lepas kejadian mak aku, masih lagi layan dia dengan baik, bercakap dengan baik dan waras, dan mak aku siap minta maaf lagi, kalau dia ad buat salah. Hahah, lawak weyhh, kenapa orang yang tak bersalah kena minta maaf! Lepas beberapa bulan, pekerja pejabat tu, dapat pindah ke sekolah jenis tamil, haha. then dalam masa yang sama di suka sangat2 datang sekolah mak aku mengajar sebab nak meniaga. Dan mengejutkan lagi, mak aku adalah orang pertama yang support gila dia meniaga. Ish3. Baiknya lahai mak aku, kalau aku , nak lari dah jauh2 dari dia. Tak nak ada masalah lain yang datang. 

Dekat sini, apa yang kau orang nampak ? Mak aku tu, dia memang akan mengajar aku dan orang lain untuk tidak bermusuhan dan saling sayang menyayang. Kadang memang aku tak berpuas hati dengan setiap jawapan yang mak aku beri, tapi itulah hakikat sebenar, yang mana, kita tak boleh bermusuh dengan orang, buat baik dibalas baik.

P/s: aku ingat cerita ni sebab mak aku menangis gila2 punya, bukan main2. Tapi tak pelah, benda pun dah settlekan. Aku pun kalau boleh tak nak jumpa kakak tu, kalau boleh tak nak kenal pun. Haha, beza sungguh aku dengan mak aku kan. Kikiki



Penceritaan ni, takdelah aku nak memburukkan orang lain, aku pun tak akan mention pun nama , malah aku nak kau orang yang baca ni, dapat sesuatu dari 2 kisah ni. Walau apa pun berlaku, jangan buat jahat dekat orang lain. Thats it for today. Kita sambung untuk cerita seterusnya.. aku pun macam dah rajin je nak update balik blog ni. Adiossss