Dalam Miharab Cinta

 Petang yang tenang.....

Assalamualaikum...
pelanggan : kak waffle satu.
saya         : waffle ape awak nak?
pelanggan : bagi saya coklat+stawberry ...
saya         : tunggu sebentar ye.
pelanggan : oh, kalau macam tu bagi saya yang istimewa ya kak.
saya         : InsyaAllah.
pelanggan tersebut masuk ke dalam kedai
dan membelek-belek buku yang ada di rak.
pelanggan : kak buku ni satu berapa?(sambil menunjukkan ke arah saya)
saya         : harga ada di belakang buku.
pelanggan : RM29.90
saya         : sekejap ya. bagi setiap pembelian buku, kita ada potongan harga 10%
pelanggan : ok
setelah waffle siap saya menjumlahkan harga pelanggan tersebut . pelanggan tersebut membayar jumlah tersebut  kepada saya lalu beredar dari situ....

5minit kemudian...


10 minit kemudian.....


15minit kemudian....


Waktu habis begitu saja. Masuk ke dalam membelek-belek buku di dalam kotak yang sepatutnya disewakan, tetapi terbengkalai.. buku tersebut dibiarkan berhabuk di belakang . saya ambil kotak tersebut dan bawa keluar.Pelbagai novel menarik karya Habiburrahman Al-shirazy. Kesemua bukunya adalah kegemaran saya dan semuanya telah saya baca. Tetapi ada satu buku yang sangat-sangat menarik. Terasa rindu terhadap buku tersebut, kerana buku itu tersangat-sangatlah 'best'. walaupun didalamnya berkongsi cerita, tetapi itu adalah satu-satunya buku yang boleh membuatkan saya menangis membacanya. walaupun ianya hanya sekadar cerita. Di dalamnya ada 3 buah cerita cinta. cinta kepada Allah . Mengharapkan cinta Allah dan cinta manusia. Sekarang, inilah kerja saya bila kedai tiada pelanggan. Saya akan membaca buku-buku tersebut.. saya dah ada satu lagi kerja waktu lapang sellain makan waffle.. hhehe.


Dalam Mihrab Cinta

cerita pertama mengisahkan seorang wanita yang dianggap andartu . wanita tersebut telah menolak ramai pinangan jejaka-jejaka yang ingin meminangnya. sehinggakan menyakiti hati semua orang... tetapi wanita tersebut mempunyai sebab kenapa dia menolaknya. Hanya Allah sahaja yang tahu dan akhirnya mendapat cinta yang bahagia Cerita kedua mengisahkan pemuda yang telah difitnah oleh rakannya sendiri.Kalau nak tau kisah selanjutnya bacalah cerita ini.. sangat-sangat menyentuh hati.Akhir cerita ini ada yang 'happy ending'.  Buku ini juga adalah salah satu buku yang pernah saya pinjamkan kepada guru bahasa inggeris saya .En. Hameed bin Abdul Majeed. 
Beliau sangat menyukai buku ini dan ingin meminjam buku  karya Habiburrahman yang lain... ^_^.. Semoga rakan-rakan dapat membaca buku ini dengan senang hati ya!!! jangan bersedih!!^_^

No comments:

Post a Comment