Sehari bersama mereka

     Bismillahirrahmanirrahin, Alhamdulillah , kita masih diberi kesempatan sekali lagi . Jujur saya katakan, , sebenar saya tidak berharap agar ada yang membaca blog ini kerana sebetulnya saya agak malu dengan coretan saya yang tidak seberapa kerana masih mentah dan haus dalam bidang mengarang dan penulisan ini . Maaf , jika ada diantara coretan ini yang telah mengguris atau menyakiti sesiapa . Jika ada ulasan atau tunjuk ajar yang sahabat-sahabat ingin berikan  , silakan . Semoga dengan perkongsian kita bersama dapat memberikan kita yang lebih baik dari sebelumnya dan dapat merapatkan lagi ukhwah fillah antara kita bersama . Amin.

Baiklah , sekarang kita berbalik semula kepada tajuk entry saya ya .(Nampaknya kita sudah melencong jauh ni) .Haa ,  Semalam ,14 Januari 2012 . Sepatutnya saya ikut emak saya ke HPAic PKLP. Tapi , terlena . Jadi saya tak dapat teman emak. Rasa pelik sikit la. Sebab selalunya kalau nak pergi ke mana-mana mesti bawa peneman setia dia ni. Tapi hari ni mak pergi dengan orang lain . Hee, rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap lah untuk hari ini . Mak pergi saya terlena dan bila mak balik saya sudah terlena juga sebab dah malam sangat. Jadi semalam , memang tak nampak emak satu hari. Huu.

Semalam juga , ramai pula abang-abang ku ini offer nak ajak pergi jalan-jalan . Abang ipar nak ajak pergi jogging kat Taman Cempaka macam minggu lepas. Abangku pula ajak pi main bowling' dekat Giant Bandar Baru Bangi. Sudah tentunya saya akan pilih untuk bermain bowling. Sebab apa? . Kerana bukan selalu dapat keluar dengan abang Saufiku yang asyik kerja saja tu . Ni kira hadiah hari lahir saya la . Haa.  Jadi , untuk abng Saiful, Sorry tak ikut abang . Hee ," Minggu depan saya free bang" . Haa, serba salah dibuatnye lah.  Okey! nak tau tak siapa yang ikut pi main bowling? Ha!. Yang ikut sama mestilah abang saufi . Tapi ada tambahan untuk memeriahkan lagi keadaan , iaitu Kak Mala merangkap isteri abang Saufi dan Amar Siddiq si comel cerdik itu lorh . Best la juga main . (sebenarnya best tengok orang main) . Sendiri main asyik masuk longkang saja. Sabar saja lah . Haa , Yang dasyatnya, Amar Siddiq boleh kalahkan saya dan abangnya. Haa, dah jadi macam orang pro . Siapa yang menang? Jeng, jeng, jeng.. nampaknya Amar Siddiq yang comel tu tidak boleh mengalahkan Kak Mala yang teramatlah power main bowling. Habis semua dikalahkannya. Tahniah ya. Haa, tapi siapa yang kalah dalam cerita ni? , mengaku je lah dah kalah tu kan.  Haa, saya lah budak yang kalah main bowling tu. Haa. Terima kasih kepada yang telah belanja saya bermain bowling walaupun tidak pandai bermain , action pegang bola saja yang lebih.Hik. Alhamdulillah, saya bersyukur ada keluarga seperti meraka
Nabi s.a.w bersabda: " Fikirkanlah mengenai segala nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah."

Ibn Umar r.a




 Sebagai kata akhir dari saya, Hari semalam memang bermakna dan kita semua boleh menjadikan hari ini lebih bermakna dari hari semalam jika kita mahu.
Assalamualaikum.                                                                                                                                     

No comments:

Post a Comment