1. Memahami konsep
ikhlas
Kebiasaanya orang yang
rajin ngungkit ni orang yang TAK IKHLAS langsung buat keje. Itu je ‘basic’nye. dah tu kalau ikhlas dia takkan
sebut-sebut lagi dah sebab dia ikhlas buat sesuatu kerana Allah. Bantu orang
yang susah kerana Allah. Bagi idea takat mana yang dia mampu kerana Allah.
semualah dia buat kerana Allah. Kalau dah kerana Allah, apa perlu lagi nak
ungkit pada makhluk? makanya orang yang mengungkit ini jelaslah kita dapat
lihat bahawasanya dia membuat sebarang pekerjaan bukan kerana Allah akan tetapi
kerana untuk mendapatkan pujian dan supaya jasanya dibalas kembali oleh
makhluk.
Solusinya, ikhlaslah
membuat sesuatu kerana untuk mencapai redha Allah. Jika mengharap jasanya
dibalas Allah, haa tu takpelah kan. Kita
bantu orang, moga2 Allah bantu kita bila susah. Doa macamtu. Kan lebih baik . Hati
kita pun akan tenang.
2. Tukar topik
Sama la seperti mahu
elak ngumpat juga. Bila rasa-rasa
nak ungkit je, terus cakap benda
merepek sikit. Misal kata bila rasa-rasa nak keluar ayat ungkitan, terus cerita
pasal baby doll dekat The Store Semenyih comel-comel kan, harga barang dapur
dekat Speed 99 lebih murah kan .pastu bole la ‘elaborate’ lagi cerita tu sampai
terlupa yang tadi asalnya kita nak ngungkit.
3. Suka hati la nak macam
mana pon janji tak ngungkit
kesimpulannya: Berhentila
ungkit-mengungkit. Memang takde faedah
sebenarnya. Tapi kadang-kadang nak juga juga keluar. Isy!
selain itu , ‘ alert’ juga dengan manusia yang sering menuturkan
perkataan ikhlas. biasanya ada satu jenis manusia yang suka bile buat apa-apa
dia sebut yang dia tu ikhlas. Yang ini perlu berhati sedikit bila berada bersama mereka.
"amikla seribu
ni. saya ikhlas ni. ameklah."
Tapi ada yang sudah
terbiasa sebut perkataan itu kan?
Renung-renungkan jom. Ini semua untuk saya.
Assalamualaikum
wa'alaikumussalam...hi3.=)ari tu kt ada baca ikhlas ni mcm amalan puasa.Hanya Allah yg tahu kt ikhlas ke tak.malaikat pun tak tahu.diri kt sendiri pun tak tahu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete