aku & internet

Cuti sekolah semakin hampir dengan penghujungnya. Saya ade 7 orang adik beradik, abg pi , kak tiq, abg wan, kak ha,aku, kir  dan amar . Cuti sekolah kali ini 2 hari kami peruntukan untuk pergi bercuti dan selebihnya kerja dan duduk di rumah. Tabiat saya mengadap computer berjam-jam . Tak lama lagi saya akan menghadapi exam agak besar  'SPM'. Itu pun tak sedar diri lagikan??. Saya mengambil masa berjam-jam untuk berchatting, main game & menonton movie. Sampai satu tahap, saya terbaca artiel langkah positif menggunakan internet di majalah solusi yang boleh dikongsikan bersama. Semoga bermanfaat.


LANGKAH POSITIF MENGGUNAKAN INTERNET

  • Awasi cakera permainan yang dibawa balik atau dibeli oleh anak-anak. Ambil tahu , dan kalau boleh kita pastikan cakera permainan berbentuk positif atau ada unsur-unsur pembelajaran.
  • Tetapkan jadual waktu bermain supaya mereka dapat membahagikan masa bermain dan belajar. Tetapkan peraturan kepada anak-anak, penggunaan Internet hanya dibenarkan ketika ibu dan ayah berada di rumah. Melalui cara tersebut, kita dapat mengawasi anak-anak daripada terdedah kepada maklumat-makluamat yang tidak selamat.
  • Hadkan masa penggunaan komputer dan Internet supaya tidak ketagihan. Galakkan mereka menyertai aktiviti di luar seperti bersukan, bermain dengan kawan-kawan dan sebagainya.
  • Sekiranya anak-anak tidak dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan, kita boleh mengambil tindakan sama ada kurangkan masa bermain. Misalnya masa bermain satu jam setiap petang dipendekkan kepada dua jam dalam seminggu.
  • Sesekali luangkan masa bermain permainan komputer bersama mereka. Cara ini boleh mengeratkan suasana dan berinteraksi dengan mereka. Di samping boleh memberi galakan mereka lebih positif.
- Ingatlah teknologi tidak pernah salah, tetapi yang salah ialah cara pengunaanya. Semoga anak-anak remaja bijak memanfaatkan teknologi tersebut di samping tidak melupakan tangunggungjawab kepada Allah. -

SOLUSI ISU #5

Pendekatan ini akan cuba saya lakukan terhadap kawan2 saya yang sudi membaca langkah positif ini.. emak dan kakak saya juga telah memantau saya dan adik-beradik yang lain pada web-web yang kami buka setiap hari. Setiap komputer di rumah, kakak masukan perisian yang berguna kepada kami untuk tarbiyah dan muhasabah diri.

1 comment: