CIRI SEORANG SAHABAT

  • Menjaga hubunganya dengan Allah.
Tidak mengabaikan solat, puasa, membaca al-Quran, rajin ke masjid dan sebagainya. Bukan tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi dibiasakan sebagai amalan. Merasakan Allah ada melihat dan mengawasi. Sekiranya kita hampir atau melakukan kesalahan , mereka berusaha mencegah dan menasihati.
  • Menjaga hubungan dengan manusia.
Menjaga tutur kata, tidak suka merapu, lebih suka bercakap perkara yang berfaedah, sentiasa bercakap benar, menepati bila berjanji, hormat kepada orang-orang yang lebih tua, bersama-sama ingat mengingati, merancang aktiviti yang sihat.
  • Menjaga Agama dan kehormatan diri.
Memiliki rasa malu untuk berperangai tidak senonoh, tidak bersikap gedik atau menonjol diri, sebaliknya menjaga aurat dan menjaga diri daripada pergaulan bebas. Pandai menjaga maruah diri dan keluarga.
  • Taat kepada ibu bapa.
Sentiasa taat, hormat dan mendengar kata ibu bapanya. Tidak sekali-kali melawan cakap ibu bapa.Di samping itu menghormati orang yang lebih tua dan mengasihi mereka yang muda.
  • Bercita-cita tinggi.
Selain rajin beribadah, mereka juga rajin belajar dan mencintai ilmu pengetahuan. Ilmu-ilmu yang baik, dikongsi bersama kawan-kawan.
  • Bijak mengurus masa.
Kawan-kawan yang baik ialah mereka yang tidak suka membuang masa. Masa lapang diisi dengan aktiviti berfaedah.
  • Tidak mementingkan diri sendiri.
Mereka menjaga hak dan keperluan kawannya, dan tidak hanya mementingkan dirinya sendiri. Jika ada lebihan, kongsi bersama-sama. Jika ada yang bermasalah sama-sama menolong meringankan beban kawan-kawan.

-majalah solusi isu #4-

2 comments: