Sem2?

Assalamualaikum..

 Qiqi di sini! Wah, lamanya tak bukak blog ni.

 Berhabuk! Fuuuuh! Auchhhummm!  Hee,

Almaklumlah sibuk dengan hal-hal yang lebih penting . Tapi tentunya rindu nak berblogger kembali. Banyak perkara yang di lakukan sepanjang tahun ni. Untuk pengetahuan semua saya ambil tingkatan 6 di SMK Taman Tasik Kesuma. Wah, masuk sekolah semula! Tahniah bagi yang melanjutkan pelajaran mereka. Maaflah, rasanya dah agak terlewat nak ucap tahniah kot, sebab demo semua dah nak naik sem 2. Hik, bagus punya kawan. Semua sahabat-sahabat yang di Universiti mahu pun kolej dan matikulasi pun mesti dah get ready nak masuk sem 2 kan? dah masuk dah pun rasanya.

Qiqi kene teruskan lagi setahun perjalanan di tingkatan 6 ni . Uh! Penggal 1 dah susah, macam mana ? Tapi tak pa 2 penggal lagi kene redah. Teruskan ,teruskan,teruskan! (pi bagi semangat kat diri sendiri .Hohoho) Awat aku jadi lagu ni ! Serabut memikirkan keputusan nanti. Saya tekad tak mau ulang kertas! Subjek paling seghonok ialah BM, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Pengajian Am. Eh! macam semua subjek je tu. Haha ,bagi adil. Masa belajar bukan main seghonok, tapi bila di bilik peperiksaan hanya ALLAH sahaja yang tahu.Satu lagi saya kene redah iaitu menjadi presiden untuk unit PISPA. Argh! tak pandai nak kawal demo semua. Suara tak cukup kuat nak handle 70+ pelajar . Cepatlah habis Sem 2 ni. Nanti junior Pi cari presiden baru tau.  Hik3. Apa pun itu adalah satu tanggungjawab yang diberikan kepada saya. KUAT ! Sebenarnya takut, sebab bukan semua orang suka dekat kita kan? citarasa masing-masing. Manalah tahu tergarang ke, lembik sangat ke, formal sangat ke.. kan? kan?kan?  Maklumlah , daku insan biasa yang layak menjadi hamba sahaja dan seringkali melakukan kesilapan walaupun berulang kali sudah di tegur. Haha. Nampak sangat penulis ni nakal dekat sekolah. Pelajar degil ni. Bila lagi nak rasa jadi orang atas kan? Time ni la je la , Ops itu Sem 1. biarkan ia berlalu. Mari kita susun strategi untuk Sem 2 pula. Jom kita lihat apa pula ragamnya. Haha.

Penggal 2 ada exam MUET. Dan subjek dah makin susah sikit. Kene lebih usaha.  Micro sudah jadi macro. Baiklah, itu sahaja yang boleh diceritakan hari ini. Nak upload gambar pun internet agak tersangku-sangkut. Nanti kalau dah laju mungkin akan diupload. Hee Semoga sahabat-sahabat pun dapat menempuh dunia belajar ini dengan mudah. Chayok!  Belajar ni tiada penghujungnya tau , sampai akhir hayat . In Sya ALLAH.

Maaf jika ada yang tersinggung dengan coretan kali ni. Assalamualaikum , xoxo


Yang tulus
QIqi


No comments:

Post a Comment