Tom Yam .

Assalamualaikum semua!


Alhamdulillah, kita masih bernyawa. Baiklah, nak cerita sikit pasal tomyam ni ha . Entah kenapa semenjak dua menjak ini suka pula makan tomyam. Selalunya tomyam ni makanan yang tak di highligh dalam menu . Tapi sekarang sudah jadi menu teratas . Hii, tapi sayangnya bila nak makan tomyam saja kene beli dekat kedai . kenapa ? Alaaaa, itu sensetif sikit . Haa , sebabnya . . . tak berapa nak pandai masak tom yam . Macam terdetik sikit nak belajar masak tomyam (sikit jer ? hik3) . Walaupun orang kata tomyam tu senang saja nak masak dia , tapi bahan dia macam banyak saja. Haha , (alasan lagi).


 Sebenarnya makanan seperti tomyam ini tidak baik beli di luar . Maklumlah , tukang masak di kedai kebanyakannya letak pak cik AJI_ _ _ _ _ _ _ . Memang dah selalu saya terkena . Bagaimana nak tahu? senang saja , makan sampai habis , tunggu dalam setengah jam ke satu jam , kepala anda akan rasa seperti melayang sikit . Haaha ,  tetapi kebanyakan orang boleh tahan dengan perasa-perasa MSG ini , walaupun makan dalam kuantiti yang banyak . Tak tahu lah kalau kawan-kawan tak pernah jadi macam saya , sekejap sahaja sudah pening . Kalau nak baik ubat dia satu saja . TIDUR . Hik . Kalau ada cara lain meh lah share sikit . He . So, next time kalau nak beli dekat luaq , pi habaq dulu dekat tukang ambil order tu tak mau letaq pak AJI . Itu lah pasal rasa macam nak belajaq masak tomyam. hangpa semua jangan lah dok gelak kat saya . Nak belajar masak tom yam pon kene tulis dekat enry blog ka?  Hahah . Tadi dok belek-belek pak cik google pasal resepi . Ni dia :-

 Bahan utk dikisar:
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 cm lengkuas
3-5 batang cili padi ( lebih jika ingin pedas )

Bahan lain
Daging Ayam/ Daging/ Seafood
 Kobis Bunga ( Cauliflower )
Carrot
 Tomato
 3 keping asam keping
3 helai daun limau nipis
2 akar daun ketumbar ( dititik )
2 batang serai ( dititik )
2 biji limau nipis ( optional )
Daun ketumbar ( racik )
5 sudu besar sos nampla (ni bendealah apa? Ahaahahahahahahhaha)
Garam ( jika perlu )
 Air secukupnya

Lepastu pandai-pandailah campak bahan-bahan ni ye, tapi masih tak tahu ape bende sos nampla tu ek? Hahahahahaahhahahahahahah (eh, panjang la pula den golak , nanti pelupa pula )




Tu dia gambaq tomyam yang saya ambil dari pak cik google tadi .


Ok. itu saja untuk entry tomyam . Jumpa kawan-kawan di tajuk yang lain!

Assalamualaikum .


2 comments:

  1. uittt...sedapnya.........ni mesti pedas ni.lagilah bertambah sedap...

    ReplyDelete
  2. tu la. Kena belajar dekat cik Asilah ni. Ajar sekali paprit yang super sedap tu. hee =)

    ReplyDelete