PBS bermula

Assalamualaikum  semua . Aqilah Sani kembali . Alhamdulillah , sekarang ni sudah bermula projek PBS iaitu kerja kursus bagi STPM BAHARU  tahun pertama . Untuk penggal dua ini, kami perlu menyiapkan dua projek PBS iaitu Pengajian Am dan Bahasa Melayu . Bagi Bahasa Melayu , ianya Alhamdulillah berjalan dengan baik dan sudah menyiapkan dua buah karangan berformat mengikut tema yang diberikan . Kami perlu menyediakan sebanyak mana bahan mengikut tema dan perlu menyiapkan karangan tersebut hanya di sekolah . Ianya seperti peperiksaan Bahasa Melayu. Jika ketika itu tidak hadir , ianya akan menyusahkan guru kerana perlu mengambil waktu P&P guru lain . Bagi PBS Pengajian Am pula , kami perlu mencari tajuk dan objektif , kemudian cari beberapa kaedah kajian untuk mencari info-info berkaitan dengan tajuk yang di pilih . Minimum kaedah perlu ada tiga . Maksudnya , perlu pelbagaikan kaedah seperti soal selidik , soal jawab , pemerhatian dan sebagainya . Tetapi kebanyakan kami masih dalam dilema untuk memilih tajuk . Setelah segalanya siap nanti , kami perlu membentangkan menggunakan power point . Bagi markah pembentangan sahaja ialah 17 markah . Banyakkan? Semoga kami dipermudahkan oleh ALLAH .

Saya pasti tentunya sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk dengan cuti Raya Cina kan ? Apa pun , jaga diri baik-baik ya sahabat semua . Walaupun cuti , kami perlu bertungkus-lumus sepenuh tenaga untuk menyiapkan semua ini . Hahaha ( Ini ayat cemburu nih) Hik . Mohon doa juga dari sahabat-sahabat yang membaca ya . Diharapkan semuanya berjalan dengan baik .

Jika ada waktu untuk bermanja dengan blog ini lagi , In Sya ALLAH akan menulis lagi entry yang lain ya . Banyak perkara nak kongsi dengan sahabat semua sebenarnya . Yang penting sekali Aqilah Sani nak bagitau semua yang STPM Baharu ini memang terbaik dan tidak akan ada lagi pengalaman seperti ini selepas sudah masuk Universiti nanti . So, to all the candidate STPM , Hargailah waktu ini sebaiknya . Kan ? kan ? kan ?
Mari buat PBS kawan-kawan . Hik
  Campak gambar sikit lah. Huaaa


No comments:

Post a Comment