CARA-CARA ELAKKAN MENGUNGKIT ! ! !

1. Memahami konsep ikhlas

Kebiasaanya orang yang rajin ngungkit ni orang yang TAK IKHLAS langsung buat keje. Itu je  ‘basic’nye. dah tu kalau ikhlas dia takkan sebut-sebut lagi dah sebab dia ikhlas buat sesuatu kerana Allah. Bantu orang yang susah kerana Allah. Bagi idea takat mana yang dia mampu kerana Allah. semualah dia buat kerana Allah. Kalau dah kerana Allah, apa perlu lagi nak ungkit pada makhluk? makanya orang yang mengungkit ini jelaslah kita dapat lihat bahawasanya dia membuat sebarang pekerjaan bukan kerana Allah akan tetapi kerana untuk mendapatkan pujian dan supaya jasanya dibalas kembali oleh makhluk.
Solusinya, ikhlaslah membuat sesuatu kerana untuk mencapai redha Allah. Jika mengharap jasanya dibalas  Allah, haa tu takpelah kan. Kita bantu orang, moga2 Allah bantu kita bila susah. Doa macamtu. Kan lebih baik . Hati kita pun akan tenang.

2. Tukar topik

Sama la seperti mahu elak ngumpat juga. Bila rasa-rasa  nak  ungkit je, terus cakap benda merepek sikit. Misal kata bila rasa-rasa nak keluar ayat ungkitan, terus cerita pasal baby doll dekat The Store Semenyih comel-comel kan, harga barang dapur dekat Speed 99 lebih murah kan .pastu bole la ‘elaborate’ lagi cerita tu sampai terlupa yang tadi asalnya kita nak ngungkit.

3. Suka hati la nak macam mana pon janji tak ngungkit

kesimpulannya: Berhentila ungkit-mengungkit.  Memang takde faedah sebenarnya. Tapi kadang-kadang nak juga juga keluar. Isy!

selain itu , ‘ alert’  juga  dengan manusia yang sering menuturkan perkataan ikhlas. biasanya ada satu jenis manusia yang suka bile buat apa-apa dia sebut yang dia tu ikhlas.  Yang ini perlu berhati sedikit bila berada bersama mereka.
"amikla seribu ni. saya ikhlas ni. ameklah."
Tapi ada yang sudah terbiasa sebut perkataan itu kan?  Renung-renungkan jom. Ini semua untuk saya.


Assalamualaikum

2 comments:

  1. wa'alaikumussalam...hi3.=)ari tu kt ada baca ikhlas ni mcm amalan puasa.Hanya Allah yg tahu kt ikhlas ke tak.malaikat pun tak tahu.diri kt sendiri pun tak tahu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete