Berita terkilan.

Assalamualaikum, hari ni 5 Syawal . Tidur agak lewat kerana susah nak tidur, ke kiri ke kanan, tak juga dapat tidur. Hujan rahmat turun dalam pukul 2 ke 3 pagi. Alhamdulillah akhirnya tertidur. 6.30pagi di kejutkan dengan berita sedih . Mak cik saudara sebelah ayah yang paling kami rapat kembali ke rahmatullah jam 5.50pagi. Ya ALLAH. itu janji engkau Ya ALLAH, setiap yang hidup pasti akan mati. Janji engkau pasti Ya ALLAH.

Ianya menjadi sangat terkilan sebab semalam cakap nak datang rumah mereka di Mersing, Johor. Tapi tak jadi. Mereka tunggu. sedihnya Ya ALLAH. Perjalanan ke Mersing agak jauh dari kampung nenek di Sungai Tiram. Kami sampai agak tengahari sebab pek2 barang untuk balik Bangi terus. Sampai di Mersing jenazah selamat di kebumikan.  Moga anak-anak arwah terus tabah dalam meneruskan pejalanan hidup yang masih jauh.

Tempatkanlah arwah ditempat para solihin. Di bawah post di fb yang telah ditulis oleh anak-anak arwah yang sangat tabah membuatkan berlinangan air mata diri ketika membacanya.

-5 Syawal 1434H/ 12082013 5.50am

Sungguh, 
Janji ALLAh itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Aku redha.

Terima kasih Allah atas pinjaman yang sangat berharga. Seperti tak puas. Tapi apakan daya, kehendakMu begitu. Kau tempatkanlah dia ditempat para solehin dan dikalangan orang yang beriman. Moga kau kurangkan siksanya. Terima amalannya. Sampaikan salam rinduku kepada dia dalam setiap detik nafasku.

Alfatihah buat ibundaku tercinta, moga kau tenang di sana :')



-Wahai Allah, ampunilah ibuku, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

‪#‎al‬-fatihahbuatibukuyangtercinta
 

-setiap yang hidup pasti akan merasai mati...
aku redha dengan pergian ibu tercintaku suboriah binti khalid...
semoga ibuku di tempatkan dikalang orang-orang yang soleh dan beriman..
aku percaya dengan qada dan qadar allah s.w.t
 

-Ya ALLAH Ya Tuhanku,

KAU cucurilah rahmat ke atas roh ibuku,
Kau jadikanlah kubur ibuku sebahagian daripada taman-taman syurgaMU Ya ALLAH,

Jangan kau jadikan kubur ibuku sebahagian dari liang-liang api neraka jahanam MU itu Ya ALLAH,

Kami percaya kubur itu GELAP, KAU jadikan doa kami ini sebagai penerang untuk ibu di dalam kubur sana,

Kami percaya kubur itu AZAB YA ALLAH, KAU peliharakanlah ibu kami dari seksa kubur ini YA ALLAH,

Kami juga yakin kubur itu SEMPIT, KAU lapangkanlah kubur ibu kami ini dengan doa-doa kami ini YA ALLAH

AMIN




post kali ini hanya sebagai peringatan buat diri dan kita semua yang bakal menjadi jenazah . Mohon sedekahkan al-fatihah buat arwah. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment