Debaran UPU

Bismillah. Assalamualaikum semua pembaca setia blogku yang dikasihi. Perjuangan berada di zaman persekolah sudah pun tamat. Keputusan itu penentu untuk masuk ke alam Universiti. Itulah cita-citaku yang tersangat tinggi. Perasaan sedih membelengu apabila lepasan SPM ku tidak layak untuk ke Universiti. Ibu lah yang memberi semangat untuk terus belajar dengan menyambung STPM yang boleh dikatakan susah dan perlukan kekuatan mental yang tinggi.

Upu dah buka. Hati ni berdebar-debar. Masih memikirkan keputusan yang sesuai dngan diri. Apapun kena kuat. Kalau ini ditakdirkan bukan untuk aku, maksudnya Allah dah tentukan tempat lain buat ku. Ikhtiar dan berusaha itu penting.
Mohon sokongan dan doa dari kawan-kawan. Kepada kawan-kawan seperjuangan, jangan mudah menyerah kalah dalam menuntut ilmu. Tuntut lah ilmu walau bukan di Universiti sekali pun .  :,)

3 comments:

  1. Kak Qiqi boleh.terus berharap dan berdoa padaNya.

    -Asilah

    ReplyDelete
  2. nanti jgn lupa bgtahu result dekat kt.

    ReplyDelete