Assalamualaikum, hari ni tajuk pasal tabarruj dan ikhtilat. Bagi yang tak tahu tabarruj tu apa, ia adalah satu perbuatan mempamerkan perhiasannya kepada mana2 lelaki. Contohnya, kita make up tebal- tebal , pakai pakaian tidak mengikut syariah semata- mata untuk lelaki yang belum dikahwininya. Untuk ikhtilat pula ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Perempuan seperti saya sendiri , kita ada sifat manja dan berkasih sayang. Tetapi, pada siapakah kita nak berkasih sayang? Haaaaaa.. Itu la persoalannya. Heheee. Bila fikir2 balik, jahil rupanya saya ni. Tapi, saya tak sempurna, apa yang kita tahu kita ubah la kan? Agar ianya kembali kepada fitrah. Persekitaran kebiasaannya buat kita berubah. Orang kata iman tu turun naik. Kenapa turun? Kenapa kita tak ubah jadi lebih baik? Kenapa? Kalau kita tak ubah, siapa lagi nak tolong kita? Ada ke yang nak bantu kita? Lagikan seperti saya ni, di tempat baru, tiada kawan yang boleh menegur kita. Kita mengharapkan orang lain? Kita sendiri yang kena sedar. Kita sendiri yang pilih jalan hidup kita. Nak yang mana. Pergi. Tak da siapa halang. Kau jauh dengan semua yang kenal kau sekarang. Mak, ayah, adik beradik, cikgu, ustaz, ustazah, sahabat, semuanya jauh. I'm free. Bebas dan bernafas. Boleh keluar dengan kawan2, tengok wayang, tak nak pakai stocking, boleh pakai fesyen2 sikit, ketat sikit, boleh karaoke, boleh ada crush, stalker habis2, boleh couple , pegang tangan couple dan sebagainya.
Mesti adakan Yang rasa macam tu? Kalau dulu kesilapan kita mereka tegur, sekarang tidak lagi. Kau bebas tentukan kehidupan kau. Mereka tak kan tahu punya apa yang kita buat. Setakat cerita dekat mak dalam phone mana boleh kantoikan. Tapi, kita tak rasa ke Allah ada? Dia tengok semua yang kita buat, Allah tahu apa yang ada dalam hati kita, niat kita. Allah berkuasa atas segalanya, Allah jugak Maha mengasihi hambanya. Dia tahu kita tengah sedih, tengah gusar,. Allah dengar kesedihan kita. Jadi, sekarang ni, Allah la tempat kita nak curahkan kasih sayang dan sifat manja kita tu. Sebab itulah Kalau nak buat apa2 tu, mestilah kerana Allah. Jadi, tak kan timbul rasa nak buat jahat. Bukannya kita nak kena pakai longgar2 sebab mak suruh. Nanti mak marah. . . Heeeehe, mesti pernah buatkan? Haaaa.. Tak pe. Janji kita sedar.. Betulkan balik niat. Haahaha, eh eh, saya tulis ni, bukan atas dasar nak memburukkan sesiapa. Tapi saya sendiri berada dalam dilema seperti anda. cuma lupa. Tunggu entri lain tau. Assalamualaikum. Salam subuh.
Khamis, 6.45
Kampus kota pengkalan Chepa, Kelantan .
No comments:
Post a Comment