Pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Ku biar kalam berbicara mengurai maksudnya dijiwa, agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi. Ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala perasaan di jiwa tak pernah ku ingini. Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu, mungkin sudah suratan hidupku. Maafkan diriku. Lalalala.. Ini lirik nasyid sahaja. Hee, Buat readers, hari ini kite nak cerita pasal sahabat, kawan, rakan.
Orang kata silih berganti kawan ni. Bila kita bertukar tempat, kita bertambah kawan. Kawan yang lama kita lupakan. Hari tu ada joint satu program buat aktiviti bersama anak yatim, then lepas tu ada sedikit perkongsian di mana ada seorang ukhti ni dia share apa yang kita perlu ada sebagai pelajar. Ukhti kata, perlu ada sahabat jadikan sahabat hingga jannah. Sahabat yang betul-betul ikhlas menerima kita sampai syurga, terima baik buruk kita , sedia berkongsi ilmu agama dengan kita, ilmu dunia, ilmu pelajaran dan yang penting, yang boleh tegur kita supaya sama-sama perbaiki ibadah kita. Bila ada waktu terluang dimana-mana , ketika berjalan, di dalam kereta, sebelum belajar, cari satu masa untuk cari satu perkara yang boleh dikongsi, sebagai contoh hadith 40, hafal sama-sama al-mathurat, surah-surah lazim. Ukhti kata lagi sahabat macam ni la sahabat yang sangat berharga, walaupun nanti akan berpisah, tapi mereka akan tetap berada di hati dan di fikiran kita. Sejujurnya, kerinduan sedang menebal dalam jiwa, rindu sahabat dari sekolah rendah, rindu kaa di skolah menengah dahulu, rindu mereka di form 6, rindu juga sahabat di universiti. Dan maafkan aku jika aku bukan seperti ukhti tu kongsikan. Tapi kita cuba buat bersama. Moga ada ruang.
Psst: kita bersahabat sampai syurga tau!
No comments:
Post a Comment