Late Post


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.
Perjalanan dialam Universiti telah pun berpenghujung. Terima kasih buat semua yang terlibat. Banyak bantu sepanjang degree life. Banyak berhabis duit. Banyak bagi kata semangat. Menjadi sumber kekuatan.   Perjalanan hidup masih jauh dihadapan. Terima kasih selalu ada susah dan senang. 
.
.

HARI PERTAMA PENDAFTARAN

Ingat lagi sewaktu dapat tawaran ke Universiti Malaysia Kelantan. Terkejut, tidak percaya. Dalam seronok, Ada terselit gundah. Banyak yang difikirkan. Jauhnya Kelantan. Sempat ke nak kumpul semua list yang pihak U minta, medical check-up, Ada ke mak kewangan nak bayar yuran awal masuk U nanti. 

Hari pertama di Universiti. Pendaftaran di temani emak Dan abang wan. Siap daftar, ambil bagasi bawa ke hostel. Mak ajak keluar sekejap Cari keperluan yang masih tak cukup. Penat membeli keperluan, rehat sebentar di cafe Muhibbah Pengkalan Chepa. Masa ni, abang wan nak rehat sekejap di surau. Jadi Qila dengan mak sahaja dating berdua di Muhibbah, Masa ni beli capppocino blanded 1 share berdua nak basahkan tekak yang kering penat shopping. Masa ni Ada drama kejap. Haha. Mak Suruh call ayah ,beritahu yang Qila dapat masuk U. 
.

DEBARAN MENJAWAB PANGGILAN

Tut Tut,Tut Tut , memang dalam debar nak cakap dengan ayah , sebab dah beberapa tahun tak bercakap dengan ayah. Seingat Qila Dari darjah 6. Selainnya, perkembangan Qila semua abang sopi yang rajin jumpa Dan rajin call ceritakan perkembangan pada ayah. Ayah angkat call Qila. "Hello, Assalamualaikum, siapa ni? " .  "Waalaikumussalam. Ni Qilah" jawab Qila. "Qila Mana ya?"ayah. "AQILAH SANI".  So Dari situ, banyak lah yang di tanya, seakan terlupa serba serbi tentang Qila. Qila pon tolonglah recall balik refresh balik ingatan ayah, Qila umur berapa sekarang, sehat ke Tak, buat apa sekarang, and so on. Sampai lah Qila bg Tau dapat masuk U.

Q: Ayah, Qila dapat masuk U. 
A : ye ke? U Mana?Kos ape?
Q:  UMK, perniagaan dalam peruncitan
A: UMK tu ape ?Kos ape tu? Tak pernah dengar pun. Ada kerja ke keluar nanti?
Q: universiti Malaysia Kelantan. Ayah doakanlah yang terbaik. Qila pun Tak tahu lagi. 
A: Dapat biasiswa ke?
Q: Tak mohon apa-apa lagi. Tapi tulah, yuran kemasukan agak Mahal. Dalam RMxxxx (Tak ingat. Tapi Masa ni Qila sebut nilainya). Kalau ayah ada sikit, boleh tong2 dengan mak. 
A: Ayah Tak de Duit sekarang, tak bagi tau awal2, kenapa tak minta pinjaman, mohon bla bla bla. (Masa ni suara ayah dah agak meninggi. Qila pun dah Tak boleh kawal emosi Dan banjir sambil dengar. Haha. Hati tisu. Masa ni serious Tak Da kekuatan nak jawab. Air mata dah banyak turun, dah tersedu, tangan dah gigil. Patutnya Qila cakap dekat ayah macam ni : seminggu ni nanti PTPTN datang , boleh buat permohonan n bla bla bla. Tapi tak sempat nak cakap pon. Haha)
Q: Qila cakap elok2, nak call ayah Qila dapat masuk U. bukan nak dengar ayah marah2. (ingat dapatlah jadi seorang yang pemaaf lepas ni, semangat baru, aura baru, haha. meleset nampaknya).

Qila Tak tahan sebab dah nangisss Qila terus off phone. Qila Tau, lepas tu mesti dia call abg sopi suruh coverkan duit belanja dekat Qila. Sebab Masa ni abang saufi je yang dah kerja (maintenance diKUIs).  Sedangkan abg sopi dah berkorban banyak untuk Mak Dan 6 orang adik2nya. Masa ni gerammmm sangat2. Tapi memang Tak terkataaa. Nangis depan makk , memang betul2 menangis senangis nangisnya. Memang Tak boleh berhenti. Lagi2 Masa ni, depan mak. Yang Tak tahannya, mak boleh senyum je. Sambil cakap, " Takpelah Qila, sabar ya, Kitakan Ada Allah." Agaknya mak dah Tak Da air mata untuk dinangisi lagi . Sebab sebelum ni dah banyak membazir air mata sebab ayah.

Lama Qila nangis. Sampai mata bengkak, air mata dah takde pun , masih tersedu2. Sampaikan abang dekat Cafe Muhibbah tu perasan Qila. Dah Tak cover dah.. sebab sedih sngat Tak boleh nak berhenti nangis. Haha. Sampaikan , setiap kali ke cafe tu, dia dah ingat muka Qila. Hahaha.
Begitulah dramanya...



KUASA ALLAH YANG MEMBERI REZEKI

Lepas asar, siap2 nak keluar nak bubye mak sebab mak dah nak pergi stesen bas KB. Masa ni pergi ATM , mak nak bagi Duit belanja.  Masa ni, terkejut sangat2 sebab Ada sejumlah Duit yang banyak daripada adik beradik mak. Masa ni rasa bersyukur Tak terhingga. Wak Misah n  Maman Pie n adik2 mak yang lain, Sentiasa Ada sepanjang mak diuji sehinggalah Hari ini. Sentiasa Ada untuk email.  Mak nak bagi semua Duit yang mak dapat, sebab mak kata Duit no amanah untuk Qila nak belajar. Qila kata, jangan semua. Bayar dulu untuk Duit daftar dengan Duit belanja je. Yang lain mak pegang. Esoknya, mak dapat panggilan Dari Maklong, kawan baik mak yang berada di pondok Thailand. Masa ni, Maklong minta tolong mak, kalau mak Ada sikit rezeki untuk dikongsi. Anak angkat maklong, belajar di Indonesia yang betul2 perlukan sikit bantuan kewangan.



KUASA MEMBERI

Mak call Qila minta Izin nak guna sikit Duit Qila untuk nak bagi dekat Baihaqi dekat Indonesia. Qila kata , bukan Duit Qila, Duit adik beradik mak. Tak Salah panjang2 rezeki. Mak bagi sikit ya Qila, Duit,harta Kita boleh Cari lain. Masa ni mak sebut mak bagi RM500. Qila pesan dah dekat mak, mak gunalah. Banyak lagi keperluan yg penting nak bayar kereta n lain2, sebab sebelum ni mak dah dulukan Duit mak beli baju kurung baru Dan keperluan Qila. Alhamdulillah Allah tu Maha baik. Maha mendengar.

Seminggu dah berada di UMK, banyak perkara2 baru yang perlu yang perlu dihadam. Dapat kawan2 baharu Dan Susana baru.

Qila dapat panggilan Dari mak. Mak cakap mak dapat pergi umrah , adik mak nak sponsor. Bik peah. Umrah dalam RM5000 mcm tu. Masa ni Tak tercakap memang terkejut terkedu. Memang mak nak pergi sangat Makkah. Setiap kali tengok tv orang pergi umrah,haji mesti menitis air mata mak. Tapi waktu2 Masa ni, Allah je yang tahu. Qila tahu, banyak Duit, tenaga yang mak perlu korbankan untuk anak2 mak. Maaf mak. T_T Masa ni memang dah mencurah curah air mata. Mak cakap banyak Kali dekat Qila terima kasih Qila. RM500 jadi RM5000. Ajaibkan..  alhamdulillah. Allah tu memang Maha Kaya.

Tu lah antara kenangan permulaan Qila nak masuk belajar 4 tahun lalu. Akan tersemat sampai bila2. Alhamdulillah, semoga Allah berikan kelapangan hati,rezeki yang melimpah ruah buat semua yang mendoaka Qila, Bantu Qila Dan keluarga di saat saat diperlukan waktu dulu. Qila percaya , ramai orang2 di luar sana dugaannya lebih besar dari Qila,  Qila doakan semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus menembus tembok2 yang menghalang kita semua untuk terus ke hadapan. 

Nak share gambar konvo sikit, walaupun Tak cukup satu family, Kak seha n Syakir takde dalam gambar. Hangpa tetap Ada dalam hati ceq. Terima kasih emak, mengajar Qila erti kesabaran, kekuatan jiwa. Terima kasih ayah banyak memberikan warna warni dalam hidup, pengalaman yang manis sehingga yang pahit sepahit-pahitnya. alhamdulillah.



AQILAH
2.30pagi
Bangi




No comments:

Post a Comment