Hari Terakhir di Alam Persekolahan

Assalamualaikum semua para pembaca,  semoga anda semua dalam keaadaan sehat sejahtera hendaknya ya. Ok , sebenarnya nak beritahu kalian  yang saya sudah  rindu sangat-sangat nak menulis blog ni. Haha, jadi untuk hari ini saya ingin membuat pengumuman yang saya telah menamatkan zaman persekolahan saya dan boleh untuk meneruskan sesi penulisanku di blog ni. hee. Setelah bertahun- tahun mentelaah , akhirnya perjuangan di medan persekolahan telah pun tamat. Rasanya agak sedikit syahdu untuk meninggalkan sekolah yang dicintai . Pahit manis telah dilalui bersama teman-teman seperjuangan dan guru-guru yang dikasihi. Waktu hari terakhir saya di sekolah , tak ramai yang datang , yang ada cuma yang mengambil peperiksaan kertas ekonomi asas. Hari tu hari yang sangat bermakna la kot. Disebabkan hari terakhir, ingatkan nak teman kawan makan di kantin, tapi mase tu terlupa bawa duit belanja. Haa. Tu lah, lain kali jangan asyik nak tukar beg aje, tengok! kan dah tak bawa beg duit. Hee. Tapi tak pe, sebab mase tu ada penyelamat datang membantu. Hee, nama heroin tu Nabilla Abang Shu. Haa Tu dia... Dia kata hari terakhir, tak pa kita belanja. So, ape lagikan? cepat aje la tangan yang menadah ni. hee, ape bak kata orang? Rezeki jangan di tolak.. haa. Jadi , nak dijadikan cerita haritu nabilla telah pun belanja kawannye yang cuai ni di hari terakhir persekolahannya. Sepinggan nasi lemak dan secawan air anggur. Hee thanks a lot Illa
.
                                            
                                                   Inilah dia nasi lemak mak cik kantin ...

Selalunya bila nak pergi kantin ikut mood. Tapi, kalau Illa dah merayu-rayu suruh turun teman die makan , cair la jugak, jadi kene lah temankan si girlfriend saya sorang ni pergi kantin. Kadang-kadang tu memang sengaja tak minta mak duit belanja sebab malas nak turun makan, kalau dah lapar sangat tu kene lah cari emakku di kelas nye,'menyibuk sekejap dekat bilik pendidikan khas'. Hee, anak mak la katakan.. Hhuhu, Tapi kalau tak siap kerja sekolah tu memang tak boleh nak turun makan. Tak kiralah lapar gila ke tak, kene jugak siapkan. Sebab tak nak ribut taufan melanda di kelas. Hee. Kalau di kantin memang tidak dinafikan memang seronok dan gembira sebab boleh bersama kawan-kawan kelas kaa yang lepas. Kalau nak tau antara ahli-ahli kelas kaa , kene lah baca post saya yang lepas2 n tajuknye adalah 'sekelas lalu'. Tapi di penghujung persekolahan ni,agak selalula  rehat dengan group 5C. Tapi yang pentingnya 'Love u olls so much!'. Jadi sebagai konklusinya, kantin sekolah bukan sahaja dapat mengenyangkan perut, tetapi juga untuk merapatkan lagi silaturrahim antara sahabat-sahabat kita semua.Ok? Hee.




                                              
                                                   Ini dia girlfriend saya . cantikkan, hee

Haa, kalau nak tau, gambar dekat atas ni gambar last dekat surau dengan baju sekolah, n last bace buku ekonomi asas sama-sama. Nabilla ni adalah sahabat yang paling rapat la dengan saya di tingkatan 4 dan 5. Dialah yang akan sentiasa mendengar celoteh saya ketika di dalam kelas. Budaknye pon boleh tahan pandai seyh. Eh, tak boleh puji banyak-banyak ni. Nanti kembang pulak si comel kite tu. Hee. Tapi sayangnya, itu semua kenangan, semua akan berlalu , 'I will miss u Illa' dan yang penting kita semua perlulah menentukan kehidupan kita akan datang. Jadi dah tak boleh nak merengek-rengek dekat mak. Semua dah kene buat sendiri, urus borang- borang sendiri, buat kad bank sendiri n semuanya sendirilah.


                                                    
                                                   Ini dia hero-hero 5 Cemerlang..=)




Opss, sebelum balik posing la dulukan.Hee

 Okey guys! ni ajelah yang boleh diceritakan kepada semua ya. Dan apa yang saya harapkan  untuk kawan-kawan semua agar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa kita, keluarga kita, guru2 kita n rakan2 kita agar sentiasa dalam keredaanNya dan diberkati olehNya. Amin..

3 comments:

  1. huwaaa...:'(..miss that time yunk...
    kite akan sntiase merindui awk...

    ReplyDelete
  2. sedihnya......ala bestnya illa belanja.nak juga..ni jelous ni.

    ReplyDelete
  3. Illa: Miss that time too
    Asilah: Ha, tu la pasal, bilelah nak tunggu si die ni belanja kite makan ek? Ehhee

    ReplyDelete