Assalamualaikum kepada sahabat semua. Semoga sentiasa sehat dan ceria. First, Hari ni nak cerita sikit pasal sahabat rapat. Sudah semestinya kebanyakan antara kita mempunyai sahabat yang sangat rapat dengan kita. Segala suka dan duka , senang serta susah dirasai bersama . Begitu juga dengan diri. Kalau nak tahu Aqilah Sani pung ada sahabat rapat tau. Hee.Kebiasaannya sahabat inilah yang sentiasa mendengar segala masalah dan kegembiraan yang dihadapi oleh kita. Tapi , sudah menjadi lumrah dengan setiap pertemuan itu mesti adanya perpisahan. Walaupun sangat sedih dan sebak dengan perpisahan ini , tetapi itulah kehidupan . Hampir setiap hari stalk mereka di laman sosial dan blog.  Kita semua ada hala tuju dan cita-cita. Semoga mereka semua beroleh kejayaan . Bermula dari di SKBangi -Hazlin Asyikin . Dulu selalu main kejar-kejar siapa penuh dulu buku nilam . SKSungaiTiram- Syida,Farah, Ning. Tiga orang minah ni buat aku selalu menangis mengenang nasib aku sorang yang tak join awak-awak semua masuk sekolah agama arab tu. Menangis tau tak!? Haaha . Lepas tu SKSemenyih-Farhana Kamarzaman. Rinduuu dekat Yah. hilang contact dah. Kalau Yah baca ni , please massage me! Tapi dekat sini Qila rasa keseorangan. Lepastu Qila masuk form1 sampai form5 di SMKBandarRinching- Semestinya gigirls Kaa. Tapi yang rapat lagi pung ada. WanAsilahWanBadruddin , FatinNurNabilahRoslan , NabillaShohairin , AisyahMainor . Mereka sangat menyenangkan saya. Terima kasih sudi menerima diri yang banyak kekurangan ini. Sayang semua ketat-ketat. Semoga persahabatan ini penuh redha ALLAH. Amin ya Robbi.

Second,Hari ni ada masalah kesihatan sedikit. Batuk teruk sehingga demam. Bila dah rasa begini barulah kita rasa nak hargai sangat-sangat masa sehat kita yang lepas. Allah beri kita ujian ini bermakna Allah sayang. Tidak kiralah ujian sakit, miskin, mahupun kaya. Itu pung ujian. Semalam buat PBS Bahasa di bilik kuliah. Kesian kawan-kawan dengar batuk ku yang sangat kuat dan tidak berhenti-henti. Serba salah dibuatnya. Afwan  pandang-pandang sudah. Hari ni hari Sabtu yang sepatutnya sekolah . Ada kelas tambahan. Tapi badan dah mula tak boleh bangun.Deria bau dan rasa mula hilang.  Malam tadi tak dapat tidur melayan batuk.  Emak tak kasi pergi sekolah, dia suruh rehat dekat rumah. Bila saat-saat sakit ni barulah kita tahu betapa pentingnya orang di sekeliling kita ni untuk berikan kita sokongan. Baru sekejap tadi Shay call . Ingatkan sebab apa. Rupanya kerana mahu tanya kenapa Qila tak datang sekolah hari ni. Terima kasih kepada kawan-kawan yang ambil berat  dekat Qila . Jika semasa di arus perdana dulu diri selalu tidak hadir ke sekolah , kesian dekat Asilah. Huhu, Maafkan diri wahai sahabat. Sayang mereka ketat-ketat. Tetapi tahun ni rasa macam tak mahu cuti walaupun kerja sekolah tidak siap . Waaa, rasa menyesal pun ada . Dah la tadi ada ekonomi. Mereka sudah jejak ke sektor 4! Ujian yang kecil ALLAH beri ni Qila dah lalui dengan penuh keluh. Bagaimana jika ALLAH bagi kita yang lagi besar ujiannya? ALLAH..Ampunkan dosaku!  :'( .


2 comments:

  1. hihihi.masa kak qiqi x dtg dulu sedih sgt.xbest pun ada.huaaa...kak qiqi jaga diri elok2.tada...:3

    ReplyDelete
  2. Do you remember? Surat tu? Hahaha.Kene frame ni. tu la pasal. keh3, itu zaman nakalla. sekarang baik sikit je.. hahaha

    ReplyDelete